FROM LOVE WITH LOVE

FROM LOVE WITH LOVE
KUYUP_NIA

Saturday, April 30, 2011

Kerana detik 27/04/2011

Arghhhhhhhhhhh.....kerana salah tarikh bday kawanku,menjadikan malam 24/04 kami amat2 penat..mana taknya kami terpaksa bkejar tuk mencari kek untuk celebrate bday girl 2....nie hang tuah a.k.a najwa ar...dia dgn confidentnya kata 27/04 my friend 2 punyer bday,,,,aku pon percaya ar....Last2 km salah tarikh.......ahhahhahaha....terasa amat kelakar..SOWIE ZURA.....nie hang tuah punyer pasal.......

Habis smua org kami semua kerah....sampai kan kawan ku jejai di johor pon km paksa dia cr kek untuk kami...mana x nya....kat seksyen 7 plok bt pasal dgn kedai kek tutup....gler2 rs mcm nak nangis je masa 2.....dah buntu....x tahu nak bt apa........

Thanks to hero km.......sape lg klau bukan HANAFI...thanks sbb sanggup menolong geng2 gler2 nie punyer rancangan ..jasa mu amat dkenang....km semua ucapkan thanks a lot.......X dpt dgmbrkn dgn kta2......hahahha

Walaupon x lh proper sgt rancangan km....tp km decorate sendiri kek 2.........ahhahhahah......cute sgt..tgklah klau x percaya.......

hasil creativity aku,najwa,mardiana n farah......cute kn?....



Lpas siap hias..apa lg km mkn lg...tp sblm 2 bday girl knalh potong kek dl.....hahahhaha.......

Bday girl tgh potong kek...tp just tangan jelah.....hahahhahha........

dalam masa x sampai 1 minit...kek dah tinggal byk nie...ganas btol....hahhahahhah

Km x lupa tuk bg hadiah.........n card for bday girl................

hadiah....

cute card.....

 aku?....of kos ar aku pon bg hadiah tau....sabo2......

from me.....hehhehhehhe
with the bday girl.........
Hepi Sweet 24 ek zura...May Allah Bless you........

Ikhlas sajak untuk mu.....
          Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan.
           cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan
            tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan
                           Duhai Teman Duhai Sahabatku
                            Hargailah bila bersahabat
                            Maafkanlah bila terluka
                            Fahamilah bila keliru
                             Nasihatilah bila terleka
                             Tegurlah bila tersilap
                              Ingatilah bila kesunyian
                             Itulah kehebatan ukhwahfillah…

Daaaaaaaaaaa........
Bersederhanalah dalam membenci......................

Wednesday, April 27, 2011

D'pesta buku antarabangsa KL

Tersangat excited..mana x nya...akhirnya aku dah sampai ker pesta buku antarabangsa Kuala lumpur...terasa ingin membeli semua buku yang dijual....tp poket dah kureng akhir2 sem nie....so aku hanya sempat grab 3 buah buku je....

Semestinya dr my feveret novelis Hlovate and Syud......

Contengan jalanan I
Contengan Jalanan II
Baju melayu hijau serindit (Syud)
Tunas

The great 3 book 


Tarikh 23/04/2011 akan aku ingat sampai bl2 .kerana pd hari ini telah merealisasikan impian ku untuk mendapatkan novel nie....Thanks a lot jugak kat najwa sbb tlg tman kan aku p pesta buku nie...trimas sgt2...jasa mu dkenang...2 yang syg kamu lebihnya...........hehhehhe..........

Daaaaaaaaaaaa......

Bersederhanalah dalam membenci............. 

Thursday, April 21, 2011

SUDAH PASTI

Apa yang sudah pasti..?..

Semestinya adalah kematian...yg mana smua orang sudah pasti akan mengalami nya...yang bezanya hanya cpt atau lambat.............

Aku x tahu knapa...semenjak kematian Qistina Reny pelajar uitm shah alam nie...hati ku selalu sahaja terasa terdetik untuk mengingati kematian.....Entah knapa...aku sendiri pon agak pelik.....aku btol2 x tahu knapa...hatiku selalu terasa sayu........

Di sini aku share bersama tanda2 kematian:

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sama2 kita untuk munasah diri sendiri dalam menjana kehidupan yang sempurna dalam hidup.....Insya Allah....

Daaaaaaaaa....

Bersederhanalah dalam membenci.............

Monday, April 18, 2011

S.O.M.B.O.N.G

Apa 2 sombong....??????....

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.

Namun yang patut diingat, ketika orang yang disebut kaya itu lahir mereka tidak memiliki apa-apa. Ketika mati juga tidak membawa apa-apa kecuali kain yang melekat di badan. Pada saat mati tidaklah berguna segala harta dan apa yang telah mereka kerjakan.

So kita ingat lh bahawa sombong 2 bukan lh suatu amalan baik...sama2 lah kita munasabah diri kita sendiri ..di mana kah kedudukan sifat kita dan sama2 lh kita membuat perubahan.....insya Allah.......

Kepada kawan ku 'MH'..sombong kah kamu.?????....bak kta MH 'asalkn aku x cara hal org lain'.....sesungguhnya sombong itu terlalu subjektif tuk dihuraikan.. hanya diri kita sendiri mengetahui tentang diri kita dan hanya kita sendiri yang amat memahami diri kita sendiri..........................(ingatlh hahahhahhahahha)

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

bersederhanalah dalam membenci.............................. 

Tuesday, April 12, 2011

x sabar

sgt2 excited.......hahhahahha......sbb apa ek.....cuba teka2.......
biar ayu bgtahu ek....x sabar nak dptkan novel terbaru hlovate (contengan jalanan) and syud....dua 2 nie my feveret penulis tau....dah lama tggu nya...br skrg ad....btol2 x sbr nie......
mggu dpn nak pegi pwtc nak dptkn novel nie.....lambtnya nak tggu time......huuuu.....mtk2 lah sempat dptkn novel 2..............

daaaaaaaaaaa....
bersederhanalah dalam membenci......

Saturday, April 09, 2011

dah create fb baru...

askum.....
sebenarnya mggu lepas adalah mggu paling tension..bukannya apa..byk btol problem yang terpaksa di tempuh....dgn dganggu oleh 'org yang x blh blah'....juga telah mengganggu emosi..
tapi mggu nie..dah kembali okay untuk melayari hari2 yang mendatang......

Pasal fb..kat kwn2 yg aku x dpt add 2 sowie ek...bkn x nak add tp x leh nak add...kna take time...insya Allah akn ku add smuanya.......ehhehhehehhe.......

semakin menjengah bulan April..semakin bdebar..bkn apa..takot nak exam..mcm x bsedia je lg....blajo pon x tahu apa2.....lpas 2 cuti plok 4 bulan..2 lg lh x tahu nak bt apa....huuuuuuu...nak cr keje pon mcm x tahu nak cr keje apa........

Tgh fikir apa nak bt ek...ker duk umah je...tp income x msk...huuhhhuuu.....x apalh hari tersebut akan dtg akn menjelma n kna hadapi dgn terbaek.......hahhahhahahhaahha

daaaaaaaaaa.....
askum....

bersederhanalh dalam membenci...........

Friday, April 01, 2011

zaman dolu2.....

Rindu gler kat zaman dolu2...nak2 time bt diploma di Seri Iskandar Perak..first time jauh dr mak ,ayah n kg halaman...gler2 sdh..asyik nangis je..mcm2 bdk2 kan..tp 2 lh pengalaman yg amat bermakna..kerana tanpa permulaan langkah 2.maybe aku x mcm skrg..mampu berdiri di atas kaki sendiri......trima kasih banyak pada pengalamn...hahhhahahha.......
Lpas 2 jumpa kwn2 br yg bermcm ragam n karenah....mula bergaul dgn mereka... dpt mengenal setiap perangai....tp alhamdullilah smua mereka menjadikan kami sekeluarga.....
Yang paling bestnya ad kwn ku yg dah kawen....

                                                       congrate azah...




                                             Di hari bhagia Azah

Terlalu banyak kenangan kami smua..ada suka ad duka...yg pastinya banyak suka dalam kenangan.....yang paling aku suka skali aku dapat anugerah dekan...x pernah termimpi pon sblm nie.....memang x sangka....tp alhamdullilah rezeki ku....bersyukur sgt2............


                                                    Time anugerah dekan....hehhehheh

And then aku dah berjaya mendapat segulung diploma..very excited.....x sangka akhirnya aku mampu tuk mendapatkn nya....bknnya apa...sbb pada awlnya aku rs amat mustahil tp tiada yg mustahil sbnrnya.........

                                                                              Graduation day...

x sbr2 nak ambik skrol.....hahhahhhaha
my love mum
my beloved akakku
With 'su' ku
my hero.....abang ngah ku......
.....me with jubah.......
 Thanks smua tuk bunga...sampai skrg simpan...x sampai ati  nak buang.....hahhhahah.....thanks a lot...kerana kamu semua telah menjadikan diri ku begitu bharga n bermakna......sayang kamu semua......hanya kerana doa iringan kamu smua menyebabkan aku bjaya melangkah ke arah degree nie..........

 X lupa jugak kat kwn2 aku yg x smbg skali degree....aku gler2 rindu kat korang smua.....bl kita nak bt reunion nie....
                                                    Ety winduuunya sama kamooo

Smua kenangan nie terlalu indah tuk aku gambarkan.......x terkata........huuuu

Daaaaaaaaaa....
Bersederhanalah dalam membenci......................